BARISAN PENTADBIRAN 2015

BARISAN PENTADBIRAN 2015

Saturday, February 21, 2009

KEM BESTARI SOLAT 2

GURU-GURU SEDANG MEMBUAT PERSIAPAN TERAKHIR


USTAZAH NOORLIZAH MENGENDALIKAN SLOT LAFAZ NIAT SOLAT

GAMBAR-GAMBAR PESERTA KEM BESTARI SOLAT



Sabtu-21hb Februari 2009. Panitia Pendidikan Islam sekali lagi menngadakan Kem Bestari Solat
yang melibatkan pelajar Tahun 3 dan 4. Pada kali ini, Kem Bestari Solat diadakan di Masjid Permatang Saga dengan kerjasama JKKK Pinang Tunggal.

Antara pengisian yang dibuat pada kali ini ialah, ceramah, tayang video tentang amali solat dan sembahyang Zuhur berjemaah. Kem bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada 1.30 petang.

Wednesday, February 18, 2009

SELAMAT MENJADI PELAJAR SEMULA.


Dua orang guru dari SKPT telah ditawarkan mengikuti Kursus KDP Prasarjana 14 minggu di Maktab Perguruan Bainun, Bukit Mertajam. Tahniah diucapkan kepada Pn. Norazila bt Liman dan Pn. Wan Teh Salmah. Pengajian ini akan bermula pada 23hb Februari ini sehinggalah bulan Mei nanti.

Saturday, February 7, 2009

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 39


AJK Bahagian Pendaftaran


Antara waris yang hadir

Orang Kuat Dapur..Mama Ina dan Cik Ton

Waris dan staff SKPTbersama-sama menyediakan makan tengah hari...


Sabtu, 7 Februari 2008- Mesyuarat PIBG SKPT Kali Ke 39 telah diadakan pada hari ini. Kehadiran waris pada hari ini amat menggalakkan. Dianggarkan hampir 300 orang waris yang telah hadir. Mesyuarat PIBG kali ini dirasmikan oleh Dato'Rosal bin Saidin, ADUN Kawasan Pinang Tunggal. Dalam majlis ini beliau telah menyampai sumbangan berjumlah RM5000 kepada pihak sekolah. Pada hari ini, lantikan AJK PIBG sesi 2009/2010 juga telah diadakan. Keputusan undian masih mengekalkan En Hasan bin Omar sebagai YDP PIBG. Majlis berakhir dengan jamuan makan tengah hari yang masak oleh para waris dan guru secara bergotong-royong.

Tuesday, February 3, 2009

BANTUAN BASIKAL OLEH PUZ


Selasa, 3hb Februari 2009- Seramai 12 orang murid SKPT yang kurang berkemampuan telah menerima bantuan berupa basikal oleh Pusat Urusat Zakat Negeri. Adalah diharapkan agar murid-murid lebih bersemangat untuk datang ke sekolah dengan adanya bantuan basikal ini.

Sunday, February 1, 2009

KEM BESTARI SOLAT 1



Sabtu, 31 Januari 2009- Panitian Pendidikan Islam SKPT telah mengadakan Kem Bestari Solat 1 yang melibatkan pelajar Tahun 1 dan 2. Seramai 20 orang fasilitator yang terdiri daripada guru Pendidikan Islam dan Guru Akademik lain terlibat dalam program ini. Program bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada 12.00 tengah hari. Antara pengisian yang diadakan ialah, pendedahan rukun wuduk, lafaz doa berwuduk dan selepas wuduk, lafaz niat solat dan amali mengambil wuduk. Setiap murid dinilai tahap penguasaan mereka.