BARISAN PENTADBIRAN 2015

BARISAN PENTADBIRAN 2015

Monday, July 12, 2010

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE LANGKAWI

Badan Pengawas sekolah ini, telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pulau Langkawi pada 26 Jun hingga 29 Jun yang lalu. Buat pertama kalinya dalam sejarah sekolah ini, para pelajar di bawa merasai pengalaman menaiki kapal terbang.







Friday, July 9, 2010

MALAM SEJUTA PENGHARGAAN BUAT GURU

Malam Sejuta Penghargaan ini adalah anjuran UMNO Kepala Batas sempena Hari Guru. Mantan Perdana Menteri Malaysia , Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi telah meluangkan masa bersama guru-guru sekitar kawasan Kepala Batas. Artis jemputan pada malam tersebut ialah M. Nasir.

MINGGU MATEMATIK

Bermula 5 Julai hingga 9 Julai 2010, pihak Panitia Matematik telah mengadakan Minggu Matematik. Di antara objektif program ini dijalankan adalah untuk menanamkan rasa cinta terhadap mata pelajaran tersebut, di samping menyedarkan diri para pelajar bahawa Matematik itu menyeronokkan dan penting dalam kehidupan seharian. Di antara aktiviti yang diadakan ialah, pameran, rekreasi Matematik, Bijak Sifir dan kuiz untuk para pelajar.





MINGGU SELAMATKAN AL-AQSA


Sepanjang minggu ini bermula pada 5 Julai 2010, pihak Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan Minggu Selamatkan Al-Aqsa. Antara program yang diadakan sepanjang minggu ini ialah pameran, kuiz, pertandingan melukis poster dan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Al-Hami Husain (Pegawai Kurikulum SPI JPN PP) salah seorang sukarelawan Konvoi Lifeline4Gaza, yang telah ditahan di penjara Israel.