BARISAN PENTADBIRAN 2015

BARISAN PENTADBIRAN 2015

Saturday, January 24, 2009

PROGRAM MOTIVASI WARIS TAHUN 6

Para waris yang hadir


Barisan Pentadbiran, Pengerusi PIBG dan Pengerusi Majlis

Di sebalik tabir-AJK bahagian slaid show

Khusyuknya Cikgu Zahari mengaminkan doa..dah insaf kot!


Barisan AJK Pendaftaran

Sabtu, 24 Januari 2009- program motivasi untuk waris Tahun 6 telah diadakan bermula jam 8.30pagi. Antara pengisian yang dibuat adalah, taklimat perancangan untuk menghadapi UPSR, melancarkan Program Pemuafakatan dan Ceramah Ibubapaan oleh Tn Hj Ibrahim, Pengarah Lembaga Pembanguanan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Pulau Pinang.
Adalah diharapkan agar selepas ini, para waris sedar akan peranan dan tanggungjawab mereka untuk sama-sama bergabung tenaga dengan pihak sekolah bagi memastikan para pelajar akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR pada tahun ini.

Friday, January 23, 2009

MESYUARAT PANITIA B.MELAYU KALI PERTAMA 2009



Khamis, 22 Januari- Panitia B.Melayu mengadakan mesyuarat kali pertama pada jam 1.10 petang bertempat di bilik mesyuarat. Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Marzelan Mohd Sani selaku Ketua Panitia baru sesi 2009. Antara yang dibentangkan ialah, Perancangan Panitia, Plan Strategik 3 tahun, Pembahagian Tugas-Tugas Unit (AJK) ,Budget dan sebagainya. PK Pentadbiran turut hadir dalam mesyuarat ini.

Friday, January 16, 2009

KEMPEN BOIKOT BARANGAN AMERIKA






Isnin, 12 Januari 2009- Panitia Pendidikan Islam SKPT yang dipengerusikan oleh Ustaz Khairuddin telah melancarkan Kempen memboikot barangan Amerika sebagai tanda membantah serangan Israel terhadap bumi Palestin. Majlis disempurnakan oleh Guru Besar SKPT, Hjh Esah binti Wahab di dataran perhimpunan sekolah.

Sunday, January 4, 2009

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH.


5 Januari 2009 bakal menjelang esok. Selamat kembali ke sekolah kepada para pelajar dan guru-guru SKPT. Semoga kedatangan tahun baru ini, kita sama-sama berazam untuk melakukan sesuatu yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.
Sebagai tenaga pengajar di SKPT, sematkanlah di hati kita dengan sikap lebih bertanggungjawab dalam menjalankan amanah yang diberi , gandakan usaha demi kemajuan anak didik dan yang penting adalah keikhlasan pada setiap keringat yang dicurahkan. Jangan terlalu berharap ganjaran yang bakal diterima.
Ingatlah....sesungguhnya ganjaran yang paling besar adalah dari Allah SWT.