Saturday, February 21, 2009
KEM BESTARI SOLAT 2
Sabtu-21hb Februari 2009. Panitia Pendidikan Islam sekali lagi menngadakan Kem Bestari Solat
yang melibatkan pelajar Tahun 3 dan 4. Pada kali ini, Kem Bestari Solat diadakan di Masjid Permatang Saga dengan kerjasama JKKK Pinang Tunggal.
Antara pengisian yang dibuat pada kali ini ialah, ceramah, tayang video tentang amali solat dan sembahyang Zuhur berjemaah. Kem bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada 1.30 petang.
Wednesday, February 18, 2009
SELAMAT MENJADI PELAJAR SEMULA.
Saturday, February 7, 2009
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 39
PK Ko Kurikulum, Guru Besar, YDP PIBG, Dato'Roslan dan PK Pentadbiran
Guru Besar, Pn Hjh Esah sedang berucap
Dato' Roslan merasmikan mesyuarat
Guru Besar, Pn Hjh Esah sedang berucap
Dato' Roslan merasmikan mesyuarat
Sabtu, 7 Februari 2008- Mesyuarat PIBG SKPT Kali Ke 39 telah diadakan pada hari ini. Kehadiran waris pada hari ini amat menggalakkan. Dianggarkan hampir 300 orang waris yang telah hadir. Mesyuarat PIBG kali ini dirasmikan oleh Dato'Rosal bin Saidin, ADUN Kawasan Pinang Tunggal. Dalam majlis ini beliau telah menyampai sumbangan berjumlah RM5000 kepada pihak sekolah. Pada hari ini, lantikan AJK PIBG sesi 2009/2010 juga telah diadakan. Keputusan undian masih mengekalkan En Hasan bin Omar sebagai YDP PIBG. Majlis berakhir dengan jamuan makan tengah hari yang masak oleh para waris dan guru secara bergotong-royong.
Tuesday, February 3, 2009
BANTUAN BASIKAL OLEH PUZ
Sunday, February 1, 2009
KEM BESTARI SOLAT 1
Sabtu, 31 Januari 2009- Panitian Pendidikan Islam SKPT telah mengadakan Kem Bestari Solat 1 yang melibatkan pelajar Tahun 1 dan 2. Seramai 20 orang fasilitator yang terdiri daripada guru Pendidikan Islam dan Guru Akademik lain terlibat dalam program ini. Program bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada 12.00 tengah hari. Antara pengisian yang diadakan ialah, pendedahan rukun wuduk, lafaz doa berwuduk dan selepas wuduk, lafaz niat solat dan amali mengambil wuduk. Setiap murid dinilai tahap penguasaan mereka.
Subscribe to:
Posts (Atom)