Sunday, March 22, 2009
Saturday, March 7, 2009
Saturday, February 21, 2009
KEM BESTARI SOLAT 2
Sabtu-21hb Februari 2009. Panitia Pendidikan Islam sekali lagi menngadakan Kem Bestari Solat
yang melibatkan pelajar Tahun 3 dan 4. Pada kali ini, Kem Bestari Solat diadakan di Masjid Permatang Saga dengan kerjasama JKKK Pinang Tunggal.
Antara pengisian yang dibuat pada kali ini ialah, ceramah, tayang video tentang amali solat dan sembahyang Zuhur berjemaah. Kem bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada 1.30 petang.
Wednesday, February 18, 2009
SELAMAT MENJADI PELAJAR SEMULA.
Saturday, February 7, 2009
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 39
Sabtu, 7 Februari 2008- Mesyuarat PIBG SKPT Kali Ke 39 telah diadakan pada hari ini. Kehadiran waris pada hari ini amat menggalakkan. Dianggarkan hampir 300 orang waris yang telah hadir. Mesyuarat PIBG kali ini dirasmikan oleh Dato'Rosal bin Saidin, ADUN Kawasan Pinang Tunggal. Dalam majlis ini beliau telah menyampai sumbangan berjumlah RM5000 kepada pihak sekolah. Pada hari ini, lantikan AJK PIBG sesi 2009/2010 juga telah diadakan. Keputusan undian masih mengekalkan En Hasan bin Omar sebagai YDP PIBG. Majlis berakhir dengan jamuan makan tengah hari yang masak oleh para waris dan guru secara bergotong-royong.
Tuesday, February 3, 2009
BANTUAN BASIKAL OLEH PUZ
Sunday, February 1, 2009
KEM BESTARI SOLAT 1
Sabtu, 31 Januari 2009- Panitian Pendidikan Islam SKPT telah mengadakan Kem Bestari Solat 1 yang melibatkan pelajar Tahun 1 dan 2. Seramai 20 orang fasilitator yang terdiri daripada guru Pendidikan Islam dan Guru Akademik lain terlibat dalam program ini. Program bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada 12.00 tengah hari. Antara pengisian yang diadakan ialah, pendedahan rukun wuduk, lafaz doa berwuduk dan selepas wuduk, lafaz niat solat dan amali mengambil wuduk. Setiap murid dinilai tahap penguasaan mereka.
Saturday, January 24, 2009
PROGRAM MOTIVASI WARIS TAHUN 6
Di sebalik tabir-AJK bahagian slaid show
Sabtu, 24 Januari 2009- program motivasi untuk waris Tahun 6 telah diadakan bermula jam 8.30pagi. Antara pengisian yang dibuat adalah, taklimat perancangan untuk menghadapi UPSR, melancarkan Program Pemuafakatan dan Ceramah Ibubapaan oleh Tn Hj Ibrahim, Pengarah Lembaga Pembanguanan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Pulau Pinang.Adalah diharapkan agar selepas ini, para waris sedar akan peranan dan tanggungjawab mereka untuk sama-sama bergabung tenaga dengan pihak sekolah bagi memastikan para pelajar akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR pada tahun ini.
Friday, January 23, 2009
MESYUARAT PANITIA B.MELAYU KALI PERTAMA 2009
Khamis, 22 Januari- Panitia B.Melayu mengadakan mesyuarat kali pertama pada jam 1.10 petang bertempat di bilik mesyuarat. Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Marzelan Mohd Sani selaku Ketua Panitia baru sesi 2009. Antara yang dibentangkan ialah, Perancangan Panitia, Plan Strategik 3 tahun, Pembahagian Tugas-Tugas Unit (AJK) ,Budget dan sebagainya. PK Pentadbiran turut hadir dalam mesyuarat ini.
Friday, January 16, 2009
KEMPEN BOIKOT BARANGAN AMERIKA
Isnin, 12 Januari 2009- Panitia Pendidikan Islam SKPT yang dipengerusikan oleh Ustaz Khairuddin telah melancarkan Kempen memboikot barangan Amerika sebagai tanda membantah serangan Israel terhadap bumi Palestin. Majlis disempurnakan oleh Guru Besar SKPT, Hjh Esah binti Wahab di dataran perhimpunan sekolah.
Wednesday, January 7, 2009
Sunday, January 4, 2009
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH.
5 Januari 2009 bakal menjelang esok. Selamat kembali ke sekolah kepada para pelajar dan guru-guru SKPT. Semoga kedatangan tahun baru ini, kita sama-sama berazam untuk melakukan sesuatu yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.
Sebagai tenaga pengajar di SKPT, sematkanlah di hati kita dengan sikap lebih bertanggungjawab dalam menjalankan amanah yang diberi , gandakan usaha demi kemajuan anak didik dan yang penting adalah keikhlasan pada setiap keringat yang dicurahkan. Jangan terlalu berharap ganjaran yang bakal diterima.
Ingatlah....sesungguhnya ganjaran yang paling besar adalah dari Allah SWT.
Tuesday, December 30, 2008
HARI ORIENTASI TAHUN 1
Isnin, 29 Disember 2008 telah diadakan Hari Orientasi Tahun 1 sesi 2009. Seramai lebih kurang 98 orang murid yang telah datang mendaftarkan diri. Pada hari tersebut, waris pelajar diberi taklimat manakala para pelajar pula menduduki Ujian Penapisan. Berdasarkan keputusan ujian tersebut, seramai 28 orang ditempatkan ke kelas 1 USM, 28 orang di kelas 1 UKM dan selebihnya ke kelas 1 UPM.
Subscribe to:
Posts (Atom)













