BARISAN PENTADBIRAN 2015

BARISAN PENTADBIRAN 2015

Sunday, July 29, 2012

TOKOH MURID CEMERLANG UPSR

Isnin 23 Julai 2012

Atas insentif Unit Bimbingan Dan Kaunseling dan Guru Kelas 6 USM, seramai 2 orang murid Tahun 6 yang mendapat 5A dalam UPTP 2 dan 8 orang murid yang masing-masing mendapat 4A 1B dan 3A 2B, telah diberi cenderamata dan lencana "Tokoh Murid Cemerlang UPSR" sebagai langkah untuk memotivasikan pelajar-pelajar lain.





SAMBUTAN KEDATANGAN RAMADHAN

Jumaat (20 Julai 2012)
Bersempena Kedatangan Bulan Ramadhan, warga SKPT telah mengadakan majlis bacaan yassin.

Wednesday, July 18, 2012

PROGRAM SENAMROBIK 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA

10 JULAI 2012

Kementerian Pelajaran sekali lagi melakar nama dalam Malaysia Book of Records (MBR) melalui

penglibatan lebih 3.6 juta murid dalam Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia peringkat

kebangsaan hari ini. Senamrobik itu yang dilakukan serentak di 10,000 sekolah di seluruh negara

dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Justeru itu, seluruh

warga SKPT turut menjayakan program ini di peringkat sekolah sebagai menyokong matlamat

program ini iaitu untuk melahirkan generasi murid yang cergas dan sihat serta membudayakan

senaman sebagai amalan yang rutin sepanjang kehidupan mereka. Menerusi senamrobik, setiap

murid akan tertarik untuk melakukannya kerana senaman ini dilakukan dengan iringan muzik

beserta dengan gaya senaman yang dapat menyihatkan tubuh badan. Di samping itu aktiviti

senamrobik ini juga bertujuan membina keyakinan diri murid supaya yakin melibatkan diri di

dalam aktiviti cergas seperti senamrobik dan sukan.

LAWATAN GURU KE SK SETIAWANGSA

2 Julai 2012

Mengambil peluang cuti peristiwa sekolah bersempena Hari Sukan sekolah, guru-guru SKPT telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke SK Setiawangsa Kuala Lumpur.

Sebahagian guru wanita yang mengikuti lawatan


Taklimat daripada Guru Besar SK Setiawangsa


Mendengar taklimat di Bilik Kaunseling SK Setiawangsa

Tuesday, July 17, 2012

SUKAN TAHUNAN 2012

TARIKH: 30 JUN 2012


1. ACARA PERBARISAN

    Maskot rumah-rumah sukan pada tahun ini bertemakan flora dan fauna.

                             Ulat Rumah Zamrud                                   Ladybird Rumah Nilam

                      



          Merak Rumah Nilam                                    Lebah dan Bunga Matahari Rumah Intan

                           

     
  2. Acara Perasmian
     
     Perbarisan masuk rumah-rumah sukan.








Bacaan Ikrar oleh Muhd Faris Bukhori

Ucap Rasmi Oleh Naib Di pertua PIBG Tn Hj Zabidi

Acara Murid Pra Sekolah



 3. Keputusan

Johan Keseluruhan: Rumah Zamrud
Naib Johan           : Rumah Nilam
Ketiga                  : Rumah Baiduri
Keempat              : Rumah Intan

4. Olahragawan 2012: Syamil Aiman Arif bin Kafrawi

5. Olahragawati 2012: Nur Hazwani binti Muhamad

5. Perbarisan terbaik: Rumah Nilam


PROGRAM SUSU SEKOLAH 1 MALAYSIA

Pada 16 Jun 2012 yang lalu, wakil dari pihak Nestle telah hadir ke sekolah untuk memberi taklimat dan bimbingan kepada pelajar sekolah ini tentang khasiat susu dan cara meminum susu dengan betul.

Program Susu 1Malaysia dinikmati  lebih tiga juta pelajar sekolah rendah di 7,685 sekolah rendah kerajaan seluruh negara adalah sebahagian hasrat kerajaan untuk membina generasi baru yang lebih cerdas. Pelaksanaan program di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran itu, bukan setakat memperkenalkan program Susu 1Malaysia malah bermatlamat untuk mewujudkan generasi muda Malaysia yang kuat, sihat dan secara mentalnya lebih dinamik pada masa depan. Ia juga memberi kesan dan manfaat besar sekiranya setiap pelajar sekolah rendah dapat dididik untuk membiasakan diri meminum susu setiap hari.


Wakil Nestle sedang memberi taklimat

Saturday, July 14, 2012

MALAM SEMARAK BUDI UNTUKMU GURU PARLIMEN KEPALA BATAS


TARIKH: 15 JUN 2012
TEMPAT: ABEDEEN RESORT







ANTARA VVIP YANG HADIR



WAKIL GURU-GURU WANITA SKPT


WAKIL GURU-GURU LELAKI SKPT

PERSEMBAHAN ARTIS JAMAL ABDILAAH DAN SHILA AMZAH


SAMBUTAN HARI GURU (PART 2)

25 Mei 2012
Bersempena dengan kepulangan Guru Besar dari tanah suci Mekah bagi menunaikan umrah, sekali lagi warga sekolah mengadakan sambutan Hari Guru secara ringkas dan majlis bacaan yassin bersama beliau.






Tuan Rumah Karnival Ko-Akademik Zon Kepala Batas

Tarikh: 2 Mei 2012 (Rabu)
Acara:
1. Kategori Bahasa Melayu
  • Bahasa Berirama
  • Pidato
  • Bercerita Tahap 1 dan 2

2. Kategori Bahasa Inggeris
  • Public Speaking
  • Story Telling
  • Choral Speaking

Seluruh warga sekolah diucapkan kepada Syamil Aiman Arif dari 6 USM kerana berjaya menjadi Naib Johan Pidato