Monday, July 12, 2010
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE LANGKAWI
Badan Pengawas sekolah ini, telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pulau Langkawi pada 26 Jun hingga 29 Jun yang lalu. Buat pertama kalinya dalam sejarah sekolah ini, para pelajar di bawa merasai pengalaman menaiki kapal terbang.
Friday, July 9, 2010
MALAM SEJUTA PENGHARGAAN BUAT GURU
Malam Sejuta Penghargaan ini adalah anjuran UMNO Kepala Batas sempena Hari Guru. Mantan Perdana Menteri Malaysia , Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi telah meluangkan masa bersama guru-guru sekitar kawasan Kepala Batas. Artis jemputan pada malam tersebut ialah M. Nasir.
MINGGU MATEMATIK
Bermula 5 Julai hingga 9 Julai 2010, pihak Panitia Matematik telah mengadakan Minggu Matematik. Di antara objektif program ini dijalankan adalah untuk menanamkan rasa cinta terhadap mata pelajaran tersebut, di samping menyedarkan diri para pelajar bahawa Matematik itu menyeronokkan dan penting dalam kehidupan seharian. Di antara aktiviti yang diadakan ialah, pameran, rekreasi Matematik, Bijak Sifir dan kuiz untuk para pelajar.
MINGGU SELAMATKAN AL-AQSA
Sepanjang minggu ini bermula pada 5 Julai 2010, pihak Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan Minggu Selamatkan Al-Aqsa. Antara program yang diadakan sepanjang minggu ini ialah pameran, kuiz, pertandingan melukis poster dan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Al-Hami Husain (Pegawai Kurikulum SPI JPN PP) salah seorang sukarelawan Konvoi Lifeline4Gaza, yang telah ditahan di penjara Israel.
Friday, June 4, 2010
SAMBUTAN HARI GURU
Oleh kerana kekangan waktu, sambutan hari guru tahun ini disambuat pada 21 Mei yang lalu setelah peperiksaan pertengahan tahun (PKSR 1) diadakan. Memandangkan sambutan ini diadakan pada hari Jumaat yang penuh keberkatan, maka acara dimulakan dengan bacaan yassin dan tahlil oleh semua warga SKPT.
Macam biasa....pengacara tetap dan berpencen, Cikgu Zainudin menjalankan tugas.
Bacaan ikrar guru yang diketuai oleh Tn Hj Zakaria, Pen. Kanan Pentadbiran
Nyanyian lagu Guru Malaysia dan Guru Pembina Negara Bangsa
Penyampaian Anugerah Guru Popular Lelaki 2010 yang dinobatkan kepada Encik Aziz
Puan Hayati menerima Anugerah Guru Popular Wanita 2010
Dengan sportingnya Puan Hayati membuat persembahan tarian.
Persembahan murid.
Kek dari Badan Pengawas sekolah.
Acara penyampaian cenderahati kepada guru.
Acara sukaneka bersama murid.
Lari dalam guni
Menghias raja sehari
Sunday, May 16, 2010
AKTIVITI 15 MEI 2010
Hari ini telah berlangsungnya 3 aktiviti secara serentak iaitu di sekolah diadakan Gotong-royong Perdana dan Kem Bestari Solat untuk pelajar-pelajar Tahun 1 dan 2.
Murid-murid tahun 6 pula...menghadiri Seminar Teknik Menjawab soalan UPSR di ILP Kepala Batas mulai jam 8.00 padi sehingga 6.30 petang.
Subscribe to:
Posts (Atom)














































