BARISAN PENTADBIRAN 2015

BARISAN PENTADBIRAN 2015

Friday, October 1, 2010

WARNA-WARNI AIDILFITRI DI SKPT 2010

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat sekolah telah diadakan pada Hari Jumaat 24 September yang lalu.

Wajah -wajah ceria dengan pakaian raya masing-masing.
Sebahagian dari kuih-muih yang dibawa oleh murid.

Peserta pertandingan baju 'glamour raya' menunggu giliran untuk naik ke pentas.


Peserta baju 'glamour raya' ditemubual oleh pengacara, Cikgu Zainudin.


Pakaian Sedondon dari murid PraSekolah.

Sesi menjamu selera....

Persembahan lagu raya oleh Nur Alifah Alisya, Tahun 2 UKM

Persembahan dari murid Tahun 6USM

Acara penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh Puan Siti Aloyah.

Pemenang 'glamour raya' kategori murid perempuan.

Pn Mazah memenangi kategori guru yang paling glamour.

Saturday, August 21, 2010

KEMPEN MENUTUP AURAT

Bersempena dengan bulan yang mulia ini, Panitia Agama Islam telah melancarkan kempen menutup aurat untuk warga SKPT.

Sambutan Bulan Kemerdekaan 2010

Oleh kerana bulan Ogos ini adalah bulan Ramadhan, sambutan bulan kemerdekaan telah diawalkan. Pelbagai program telah diadakan oleh pihak Panitia Kajian Tempatan, Panitia Sivik Kewarganegaraan, Panitia PSV dan Kelab Rukun Negara. Antaranya ialah pertandingan mewarna, melukis poster, membuat buku skrap, koir lagu-lagu patrotik dan menghias basikal.












Monday, July 12, 2010

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE LANGKAWI

Badan Pengawas sekolah ini, telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pulau Langkawi pada 26 Jun hingga 29 Jun yang lalu. Buat pertama kalinya dalam sejarah sekolah ini, para pelajar di bawa merasai pengalaman menaiki kapal terbang.







Friday, July 9, 2010

MALAM SEJUTA PENGHARGAAN BUAT GURU

Malam Sejuta Penghargaan ini adalah anjuran UMNO Kepala Batas sempena Hari Guru. Mantan Perdana Menteri Malaysia , Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi telah meluangkan masa bersama guru-guru sekitar kawasan Kepala Batas. Artis jemputan pada malam tersebut ialah M. Nasir.

MINGGU MATEMATIK

Bermula 5 Julai hingga 9 Julai 2010, pihak Panitia Matematik telah mengadakan Minggu Matematik. Di antara objektif program ini dijalankan adalah untuk menanamkan rasa cinta terhadap mata pelajaran tersebut, di samping menyedarkan diri para pelajar bahawa Matematik itu menyeronokkan dan penting dalam kehidupan seharian. Di antara aktiviti yang diadakan ialah, pameran, rekreasi Matematik, Bijak Sifir dan kuiz untuk para pelajar.





MINGGU SELAMATKAN AL-AQSA


Sepanjang minggu ini bermula pada 5 Julai 2010, pihak Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan Minggu Selamatkan Al-Aqsa. Antara program yang diadakan sepanjang minggu ini ialah pameran, kuiz, pertandingan melukis poster dan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Al-Hami Husain (Pegawai Kurikulum SPI JPN PP) salah seorang sukarelawan Konvoi Lifeline4Gaza, yang telah ditahan di penjara Israel.