BARISAN PENTADBIRAN 2015

BARISAN PENTADBIRAN 2015

Friday, January 21, 2011

PELANCARAN BIJAK SIFIR DAN IQRA

13 JANUARI 2010 - PELANCARAN PROGRAM BIJAK SIFIR ANJURAN PANITIA MATEMATIK




14 JANUARI 2011-PELANCARAN PROGRAM IQRA' ANJURAN PANITIA PENDIDIKAN  
                                ISLAM.

Monday, January 17, 2011

Downlod Rancangan Tahunan dan bank soalan.

Salam. Buat semua warga pendidik SKPT dan rakan guru yang lain, anda boleh muat turun Rancangan Tahunan Terkini dan Soalan-soalan dari Bank Soalan melalui laman web http://www.lamanwebinfo.com/rancangan-tahunan-sk/. Anda boleh klik terus ke laman web yang tertera di atas. Semoga perkongsian ini membawa manfaat kepada kita semua.

Wednesday, January 12, 2011

BERMULANYA SESI 2011

     Rasanya belum terlambat untuk megucapkan Selamat Tahun Baru dan Selamat Memulakan Sesi Persekolahan sesi 2011. Semoga kedatangan tahun baru ini, membawa lebih banyak kecemerlangan dalam pelbagai aspek yang dihasratkan. 2010 telah berlalu. Segala pengalaman yang telah ditempuhi menjadi aspirasi untuk kita bangkit bersama meneruskan perjuangan, memperbaiki kelemahan dan meningkatkan pencapaian.
    
     Sejak bulan Disember 2010 lagi, warga SKPT telah berganding tenaga untuk melaksanakan beberapa program sebagai persediaan membukai tiri persekolahan sesi 2011. Antaranya ialah;

  1. Mesyuarat guru
  2. Kursus Dalaman Panitia
  3. Kursus Pendedahan KSSR
  4. Orientasi Tahun 1
     Kini, walaupun sesi 2011 baru dua minggu bermula, dua aktiviti sekolah telah dilaksanakan dengan jayanya seperti yang telah dirancanagkan.


1. CERAMAH KEIBUBAPAAN WARIS TAHUN 5 DAN 6 (8 JANUARI)



Ceramah disampaikan oleh Tn Hj Ramli - Bekas Pengetua Sekolah Al-Manshor.


2. PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN GURU PENASIHAT UNIT BERUNIFORM

Perasmian oleh Pegawai PPD - En Zulkifli






Friday, November 19, 2010

Corat-coret sepanjang Oktober-November 2010

9 Oktober 2010 - Sambutan Hari Kanak-Kanak


Peserta-peserta pertandingan pakaian beragam.......


 Pertandingan kereta kawalan jauh.....

Siap ada litar lumba lagi.............


Sebahagian daripada Hadiah Cabutan Bertuah. Terima Kasih kepada guru-guru dan warga sk yang lain yang sudi menyumbangankan hadiah. Semoga Allah melipatgandakan rezeki kalian. AMIN.

30 Oktober 2010 - Hari Kokurikulum

Unit-unit beruniform menjalankan aktiviti pertandingan mendirikan khemah, kawad dan memasak.





















Pertandingan Taman Dalam Pasu oleh Kelab Pencinta Alam






4 HINGGA 6 NOVEMBER 2010- LAWATAN STAFF KE JOHOR- SINGAPURA







16 NOVEMBER 2010 - HARI ANUGERAH DAN GRADUASI






10 DISEMBER 2010 - JAMUAN AKHIR TAHUN STAF SKPT DAN PERPISAHAN TN HJ
                                     ZAKARIA





16 NOVEMBER 2010 - JAMUAN MURID-MURID TAHUN 6

Tahniah kepada 13 orang pelajar yang mendapat 5A...Selamat melangkah ke alam persekolahan yang baru. Semoga menjadi insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara.



Wednesday, November 10, 2010

AL FATIHAH BUAT CIKGU SURIA

3 Nov 2010. Seluruh warga  mendoakan agar arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. AMIN.

Friday, October 1, 2010

WARNA-WARNI AIDILFITRI DI SKPT 2010

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat sekolah telah diadakan pada Hari Jumaat 24 September yang lalu.

Wajah -wajah ceria dengan pakaian raya masing-masing.
Sebahagian dari kuih-muih yang dibawa oleh murid.

Peserta pertandingan baju 'glamour raya' menunggu giliran untuk naik ke pentas.


Peserta baju 'glamour raya' ditemubual oleh pengacara, Cikgu Zainudin.


Pakaian Sedondon dari murid PraSekolah.

Sesi menjamu selera....

Persembahan lagu raya oleh Nur Alifah Alisya, Tahun 2 UKM

Persembahan dari murid Tahun 6USM

Acara penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh Puan Siti Aloyah.

Pemenang 'glamour raya' kategori murid perempuan.

Pn Mazah memenangi kategori guru yang paling glamour.