Salam.
Alhamdullilah setelah lama tidak menjenguk ke blogs ini kerana ada komitmen lain, kini saya kembali meneruskan hasrat untuk menghidupkan semula blogs SKPT ini.
Walaupun terdapat suara-suara sumbang "di kalangan orang dalam juga" yang tidak menyenangi cara saya menghasilkan karya dalam blogs ini, saya pohon jutaan kemaafan di atas kedaifan saya berkarya.
Sesungguhnya niat saya ikhlas untuk mewujudkan satu ruangan untuk warga SKPT berkongsi kisah, pengalaman, idea dan apa sahaja yang dapat memberi manfaat kepada semua termasuk diri saya sendiri.
Jika anda mempunyai pandangan atau teguran membina, salurkan kepada saya untuk kebaikan kita bersama. Ingatlah yang baik itu anugerah dari Yang Maha Esa, namun kekurangan itu merupakan kelemahan yang ada pada diri saya. Berdoalah untuk kebaikan dan kesejahteraan kita bersama.Amin.
No comments:
Post a Comment