10 JULAI 2012
Kementerian Pelajaran sekali lagi melakar nama dalam Malaysia Book of Records (MBR) melalui
penglibatan lebih 3.6 juta murid dalam Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia peringkat
kebangsaan hari ini. Senamrobik itu yang dilakukan serentak di 10,000 sekolah di seluruh negara
dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Justeru itu, seluruh
warga SKPT turut menjayakan program ini di peringkat sekolah sebagai menyokong matlamat
program ini iaitu untuk melahirkan generasi murid yang cergas dan sihat serta membudayakan
senaman sebagai amalan yang rutin sepanjang kehidupan mereka. Menerusi senamrobik, setiap
murid akan tertarik untuk melakukannya kerana senaman ini dilakukan dengan iringan muzik
beserta dengan gaya senaman yang dapat menyihatkan tubuh badan. Di samping itu aktiviti
senamrobik ini juga bertujuan membina keyakinan diri murid supaya yakin melibatkan diri di
dalam aktiviti cergas seperti senamrobik dan sukan.
No comments:
Post a Comment