BARISAN PENTADBIRAN 2015

BARISAN PENTADBIRAN 2015

Saturday, January 28, 2012

SALAM PERPISAHAN BUAT PN SITI ALOYAH


Seluruh warga SKPT mengucapkan Selamat Bertukar dan Salam Perpisahan buat Pn Siti Aloyah binti Jidin yang akan bertugas di sekolah baharu.

          Di samping itu juga, warga sekolah tidak lupa untuk mengucapkan Selamat Bertukar kepada 3 orang guru iaitu Encik Aziz Ismai, En Rosdi bin Awang dan Encik Suhaimi Shabudin yang turut bertukar ke sekolah lain bermula Januari 2012.






Dari daik pulang ke daik,
Sehari-hari berkebun pisang,
Budi baik dibalas baik,
Dalam hati dikenang orang.

Tanam pandan tumbuh kelapa,
Terbit bunga pucuk mati,
Budi puan kami tak lupa,
Sudah terpaku di dalam hati.

Tenang-tenang air laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi baik rasa nak junjung.

Tuan puteri pergi ke Rasah,
Pulang semula sebelah pagi,
Kita bertemu akhirnya berpisah,
Diizin Tuhan bersua lagi.





No comments: