BARISAN PENTADBIRAN 2015

BARISAN PENTADBIRAN 2015

Tuesday, July 17, 2012

PROGRAM SUSU SEKOLAH 1 MALAYSIA

Pada 16 Jun 2012 yang lalu, wakil dari pihak Nestle telah hadir ke sekolah untuk memberi taklimat dan bimbingan kepada pelajar sekolah ini tentang khasiat susu dan cara meminum susu dengan betul.

Program Susu 1Malaysia dinikmati  lebih tiga juta pelajar sekolah rendah di 7,685 sekolah rendah kerajaan seluruh negara adalah sebahagian hasrat kerajaan untuk membina generasi baru yang lebih cerdas. Pelaksanaan program di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran itu, bukan setakat memperkenalkan program Susu 1Malaysia malah bermatlamat untuk mewujudkan generasi muda Malaysia yang kuat, sihat dan secara mentalnya lebih dinamik pada masa depan. Ia juga memberi kesan dan manfaat besar sekiranya setiap pelajar sekolah rendah dapat dididik untuk membiasakan diri meminum susu setiap hari.


Wakil Nestle sedang memberi taklimat

No comments: