BARISAN PENTADBIRAN 2015

BARISAN PENTADBIRAN 2015

Wednesday, July 18, 2012

PROGRAM SENAMROBIK 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA

10 JULAI 2012

Kementerian Pelajaran sekali lagi melakar nama dalam Malaysia Book of Records (MBR) melalui

penglibatan lebih 3.6 juta murid dalam Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia peringkat

kebangsaan hari ini. Senamrobik itu yang dilakukan serentak di 10,000 sekolah di seluruh negara

dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Justeru itu, seluruh

warga SKPT turut menjayakan program ini di peringkat sekolah sebagai menyokong matlamat

program ini iaitu untuk melahirkan generasi murid yang cergas dan sihat serta membudayakan

senaman sebagai amalan yang rutin sepanjang kehidupan mereka. Menerusi senamrobik, setiap

murid akan tertarik untuk melakukannya kerana senaman ini dilakukan dengan iringan muzik

beserta dengan gaya senaman yang dapat menyihatkan tubuh badan. Di samping itu aktiviti

senamrobik ini juga bertujuan membina keyakinan diri murid supaya yakin melibatkan diri di

dalam aktiviti cergas seperti senamrobik dan sukan.

No comments: